Sunday, January 20, 2013

Alamak macam mana nie???

Assalamualaikum  . . .

Kita menjengah kembali ke sini . . .
         Ok harini dah menjangkau 20hb Januari 2013 . . Selamat Hari Keputeraan wahai Sultan Kedah . .  sembah patik harap diampun  . . Ewah !. . Apa2 pun enjoy ja hari cuti cegini . . Tak sangka aku dapat jugak merasa kembali weekend pada hari ahad! .  Alhamdulillah . Xiexie . .

Walaupun hari cuti , tapi no money no talk! Hanya terperap dalam bilik sajalah..huhu.. Apakan daya.
Tengah syok2 aku surf tenet tup tup dah hampir ke pukoi 3 pagi .masa sangat mencemburui aku .Tapi 1 idea , 1 habuk pun xmuncul2 di fikiran aku. Asignment dah bertimbun-timbun dah nie.. Stady pun belum . Next month praktikal pulak. Time praktikal memang aku xbukak nota segala bagai dah.. hihihi. .

Asignment yang paling tahap kritikal sekarang adalah ROLE PLAY! ARGHHH>>> STRESSS!!!!

Siap mewarna lagi haa punya nak cari idea. .

Say NO TO STRESSS!! but how???
 Jalan cerita macam mana la aku nak imagine nie.. adeeii. Pasal nursing pulak . blur jugak la pala otak nie.. Mungkin kena panggil doktor muda berlakon kot, bru idea boleh mencurah2 ke ladang gandum.. hahaha . .Kalau boleh aku tak mau dah last2 minit macam kemarin, nyanyi lagu group.. macam xdak makna ja..hahaha..pa2 pun to my group, Two Thumbs Up !! Gud Work!

# Wahai idea muncul lah kau . . Dah segala bagai aku buat. tapi still terkurung . Mungkin betoi kot kata orang "two is better than one".Dan mungkin jugak aku perlukan tidoq yang cukup .. Besok mungkin idea muncul..hehe. . Ok sampai sini saja nytez u all. . .


Saturday, January 19, 2013

Permata yang DICARI . . . .

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

# Happy and keep smile !

Thursday, January 17, 2013

Listen ! Listen ! Listen !

assalamualaikum , alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ALLAH pada hari yang ke 18 buat tahun ini . . . Masih dipanjangkan usia , masih diberi kekuatan dan ketabahan hati yang jitu untuk meneruskan kehidupan yang mendatang yang makin mencabar minda dan akal kewarasan. Banyak benda , banyak perkara yang kita perlu pikir dengan sebaik-baik nya .  Kerana tersilap langkah membawa padah .  Keburukkan pada diri kita sendri . Akibatnya , kita yang merana kerana kesilapan kita sendri . Kita alpa ,kita lalai untuk memikirkan perkara yang terbaik untuk diri kita .

Benarkah kata pepatah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita yang menyokong nya di belakang ?. bagaimana pula di sebalik kejayaan seorang wanita adakah disebabkan ad lelaki yang menyokongnya??? . . . Kalau di kaji, diselidik dan diperhati ramai wanita yang berstatus solo, single, tetap berjaya walaupun tanpa kehadiran insan bernama lelaki disisinya. 

Oleh itu , aku sedar dan aku yakin yang aku juga mampu untuk berjaya walaupun tanpa kehadiran lelaki di sisiku . Hari-hari yang mendatang membuatkan aku matang untuk hadapinya. Hari demi hari aku lalui tanpa kesedihan. Hanya ketabahan menjadi peneman aku dikala ini.

Kehadiran kawan, teman bergelak ketawa , dan sahabat untuk menangis melupakan aku tentang seorang insan yang bernama lelaki yang suatu ketika dahulu aku berkongsi segala suka duka kehidupan aku.
TERIMA KASIH SEMUA . 

Monday, January 14, 2013

Maafkan saya . . .

dalam sabar ada maaf , dalam sabar ada redha , dalam sabar ada syukur , dalam sabar ada usaha , dalam sabar ada tawakkal , dalam sabar ada taqwa ..

# indahnya sebuah kesabaran itu .. :)
Awak , maafkan saya . Saya tidak sempurna seperti yang awak harapkan. Saya tidak kuat, tidak tabah untuk mengharungi dugaan yang mendatang keseorangan . Tapi sayang kehadiran awak disisi saya hanya lah sebagai peneman suka . . . bukan teman bersedih . . Mungkin awak tidak mahu saya bersedih barangkali . Tapi apa kan daya, saya perlukan seorang yang betol-betol yang dapat memahami diri saya. . . Mungkin perpisahan kita menjawab 1001 persoalan yang sering menjadi tanda tanya saya.  Kematangan mungkin membataskan kita , kematangan juga mungkin memberi kita pengalaman dan fikiran . . .  
Segala kenangan kita bersama , detik gembira kita pasti akan tersemat di ingatan saya buat selamanya. Walaupun tak banyak tapi pabila mengingati nya kembali pasti membuatkan saya tersenyum.. Awak , awak lah satu-satu nya lelaki yang tak pandai buat saya sedih ,saya menangis . . Terima Kasih awak . Tapi saya bukan hanya memerlukan seorang yang boleh bersuka ria bersama saya tapi teman ketika perit getir menghadapi dugaan dan cabaran hidup. seseorang yang boleh memberi petunjuk , beri semangat , dan beri harapan yang takan disia-sia kan . .  
Awak , sepanjang perkenalan kita tak pernah sekali pun awak marahi saya, awak tengking saya . . Hanya saya yang selalu berkasar dengan awak . Saya mintak maaf sangat-sangat awak . . Saya tidak berniat untuk bersikap kasar dengan awak . Maafkan saya ya awak ! . . Terima kasih awak sebab awak banyak bersusah payah, berkorban demi saya. Walaupun letih bekerja awak sanggup untuk datang berjumpa saya jugak . . Walaupun jarak memisahkan kita tapi awak sanggup bersusah hanya semata-mata kerana saya. Saya sangat hargainya awak. 
Awak , saya tidak sempurna untuk awak. Saya harap awak paham. Saya doakan awak bertemu yang lebih baik dari saya. Yang sempurna untuk awak . Doakan kejaayaan saya disini ya awak . (^_^). . . .
Salam perpisahan.

Saturday, January 12, 2013

I`m Strong Enough!!!!

Hari demi hari berlalu . . . Pelbagai cabaran datang menimpa-nimpa... Di kala ini semangat ,kekuatan dan ketabahan hati sangat aku perlukan.

Ya ALLAH ,
Kau tabahkan lah hatiku ini  agar aku boleh menempuh segala dugaan dan cabaran.

Sunday, January 6, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......











Klik banner untuk info lebih:)


Saya blogger dari negeri PULAU PINANG . . . ..

Macam- macam la ada kat Penang nie . . .
Lautan biru yang terbentang luas, boleh makan angin atas feri . . .

Bukit Bendera dengan pemandangan yang indah lagi cantik!

Tempat shopping yang pelbagai...OoYeaahhh . ..