Monday, March 19, 2012

Maafkan saya...



Kehadapan teman dan sahabat, 

Maafkan diri ku ini andai lidah ku terlalu lancar mengeluarkan kata-kata yang telah menguris hati mu..Kata-kata ku hanyalah sebagai nasihat dari seorang kawan kepada sahabat. Aku hanya ingin mengajar mu menjadi seorang yang dewasa, dan berpikiran matang. Hanya itu sahaja niatku. Aku cuma nak kau fikir dan faham apa rasionalnya perbuatan kau. Aku cuma nak kau fikirkan tentang orang lain terhadap apa yang kau sedang & cuba lakukan.Aku nak kau pikirkan tentang perasaan orang lain. Aku tahu kau hormat aku,tapi aku pun hormat kau. Tapi tolong lah kawan,janganlah kau hancurkan rasa hormat aku pada kau dan janganlah kau hancurkan rasa hormat kau padaku.Aku tegur tak bermakna aku marah pada kau. Aku tegur kerna aku sayangkan kau. Aku hormat kau sebagai seorang kawan. Aku tak nak orang lain perkatakan sesuatu yang buruk pasal kau. Aku tak nak kisah kau dipedengarkan dan di ceritera kan.. 

Kawan,
Maafkan aku. Aku tak berniat nak tunjuk hebat. Nak tunjuk yang aku ni pandai. Nak tunjuk yang aku ni dewasa. Nak tunjuk yang aku ni matang. Maafkan aku.. Aku tak berniat.... Aku hanya ingin berkongsi idea dan pengalaman. Aku hanya inginkan yang terbaik untuk persahabatan kita. Maafkan aku, andai kau merasakan diriku melebihi dari apa yang kau jangkakan.. Jujur aku katakan,aku hanya inginkan yang terbaik untuk persahabatan kita.

Kawan, 
aku harap kau dapat mengerti nukilan hati ku ini. Maafkan aku..Dan kawan tolonglah berubah. Pahami diri sendiri.Pahami orang lain. Tolonglah berpikir positif. Berhentilah dari berkata buruk mengenai orang lain. Jujur,diri kita sendiri juga masih belum sempurna.Usahlah, hanya melihat ketidaksempurnaan orang lain.Dan ingatlah, aku tegur bukan sebab benci.. Pikir-pikirkan lah kawan. Dan setiap perbuatan aku,aku tak mengharapkan ucapan trima kasih pun. Aku ikhlas.Bantuan aku,kadang-kadang adalah di luar kesedaran ku.

ikhlas dari seorang kawan kepada teman & sahabat tercinta.

Menitis air mata seorang kawan kerna sahabatnya...



# Kalau kau tak boleh nak terima teguran dari orang sekeliling, kau pergi duduk dalam hutan lah!tak ada sapa nak kesah!Dan kalau kau rasa diri kau hebat! sempurna! hanya salah orang yang kau nampak!.aku akui yang kau memang hebat! Tahniah!!

Friday, March 16, 2012

Study..

OK.Anda baru sahaja dengan penuh semangat waja membuka buku.kunun-kunun nak study..Tetiba anda menguap. Apakah maknanya?Seterusnya apakah tindakan anda?menutup buku?atau meneruskan pembacaan??.. Nak ketahui kenapa kita menguap?Tak nak?apa?nak?! baguih..Ok,begini cita nya...


Kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.

Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.

Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.

Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.

Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.

Dan ni pulak adab menguap…apa? ingat menguap xde adab ke?? ahakkkss

Adab Menguap

Menguap juga mempunyai adab, jangan main menguap macam buaya bukak mulut nak makan daging! buruk bebenor rupanya…. nak-nak lepas makan petai! ~pengsan~ 

Jadi, bagi menampakkan kita beradab, tutuplah mulut semasa menguap.


Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya : 


Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin. 

#Selamat beramal. Ok, sambung study.
Read more: http://www.notainfo.com/2012/03/ketahui-kenapa-kita-menguap.html#ixzz1pG69jQuE

Thursday, March 15, 2012

Sukan oh sukan...

aa.. tu.. chakk!!.. Hye semua. Pa habaq?hehehe..Moga sihat blako lah.. Ok2,nak cita ni, tadi siang (petang) ada sukan final kat kolej aku ini. Sukan yang dipertandingkan hanyalah Volleybol,ala bola yang nak kena tampaq2 tu.Netbol,bola yang kena buh lam jaring tu.. kena blagak2 tinggi bila nak buh bola tuu.punya la payah nak men pun. Lagi, futsal. Cam bola sepak tuu.. Aku pun pelik tak ada pekdah pun men suma2 ni 1 bijik bola pakat dok berebut2 nak amek. Eish..Eish..Eish.. Sebab tu lah aku maleh nak masuk men. Bukan pa,aku ni jenis tak suka nak berebut2 ni.hehehe.. Padahal sendi dah keras (dah pencen). Jadi bila aku tak men ni, aku sebenarnya jenis suka buat hingaq tambah-tambah kalau time sukan gini.Uishh..jangan dok tanya la sora sapa yang paling kuat! hehehe.. Tapi kat kolej sini, maaf la.Ceq malu.huhuhu..Nak men sokan pun malu. Almaklum la pemalu katakan.kihkih..Pui..pui.. Bila tak brapa nak gediks2 perabih sora aku pun mula lah gediks2 kot lain. Gediks pa??ahaks!.. 



















SNAP GAMBAR! ya.. itulah keja saya. snap sana,snap sini,snap situ.. hehehe.. Jikalau anda ada melihat gambar saya berbekground yang sama diminta jasa baik anda untuk mengabaikannya ya! Dapat saya?hehehe.. Orang lain sibuk bekejar-kejaran, berebut-rebut untuk dapatkan bola. Tapi saya berebut-berebut untuk mengambil gambar. hehehe.. Lumrah kehidupan. Hanya yang understanding dapat memahaminya. Ok,sekian. 

Wednesday, March 14, 2012

Hye !

Assalamualaikum..

Minggu yang agak stress sikit. Sai pa tataw.adoi.. (Mengeluh sat)... Lebih kurang la tak sampai seminggu aku ada test mid term lak. Akhir-akhir ni maleh nak stady,haru sungguh keadaan aku ni.. Makin dekat ngan exam makin maleh nak stady..Guano ni?.. Tolong... Tolong.. Tolong... Dah la kos baru ini macam lebih hard and tough than the old course. Ewah,speking la plak. Dulu masak,guna idea muhong-muhong untuk goreng jawapan. Tapi skrang????Nursing?aku nak goreng pa?.. Terutama subjek Anatomy & Physiology!.Jenuh teliti & hafal aku fakta-fakta yang sememangnya di akui tepat oleh banyak pakar.hurm.USAHA ja lah.
Cup2, orang len leh buat kenapa aku xbleh buat?AKU BOLEH BUAT! NEVER SAY NEVER! (dah macam Justin Bieber lak).. 

Kepada kawan-kawan,

Kawan sekolah...

kawan UiTM..

kawan kolej..

kawan suka & duka...

kawan bergurau senda..

kawan terbaik...

kawan untuk mengada..

Stady lah anda dengan bersungguh-sungguh.Moga kita berjaya untuk exam yang akan datang nanti. Dalam kelas kurangkan tidur banyak kan membaca. Hehehe.. Aku ada tips ni,

Cara hilangkan rasa mengantuk ,haus & lapar.


Kubin dan Kiji berbicara tentang perkara yang sering dialami sesiapa sahaja di dunia. Mereka berbual dengan begitu serius sehingga menghadirkan urat pada leher mereka ketika sedang ligat bercerita.

Kubin : Tadi aku dengar orang mengeluh. Dia cakap dia mengantuk. Gini dia cakap "S**l, punya ngantuk aku". Dia cakap macam tu.

Kiji : Alamak, sampai memaki dia ar. Kesian juga kan. Memang ramai yang tidak tahu cara hilangkan rasa mengantuk dengan cepat.

Kubin : Uik, adakah ging?

Kiji : Ada. Bukan rasa mengantuk saja, rasa haus dan rasa lapar pun ada cara atasinya.

Kubin : Cuba kau kongsi dulu ilmu ni dengan aku Ji.



Kiji : Ok, aku ajar kau cara yang paling asas sajalah. Kalau rasa mengantuk, kalau susah mahu tahan mata tu, cara paling berkesan ialah cepat-cepat pergi TIDUR. Ubat untuk mengantuk ni tidur. Kalau rasa haus pula, cepat-cepat pergi MINUM. Aku yakin hilang rasa haus tu. Dan rasa lapar lagilah senang, cepat-cepat dapatkan sesuatu untuk DIMAKAN. Senang kan? Ehehehe

Kubin : Alamak!! @#$%^&






p/s : Kalau pun rasa lapar, mengantuk, haus, penat, bosan, atau apa sahaja, jangan memaki ya. Semua itu dugaan dari Tuhan untuk menguji keimanan kita.Semoga berjaya!hehehehe


Friday, March 9, 2012

Arghhhh!!cepat nya masa berlalu...

Assalamualaikum, 

hye semua,sihat?dah makan?buat pe tuuuu?kihkih..tetiba concern sangat lah pulak.al maklum laa,saya kat rumah kan.. tengah enjoy holiday katakan..untung laa..hehehe.best2.. eh,cup2.. hari ni hari apakah??apa?hari apa?hari JUMAAT?!biar btoi!!..alaaaa,tak pueh nak manja-manja ngan mak lagi ni haa..alaaaa,tak suke-suke.. (gelenya)..aiyo0o0..ama!apa!yinnadeii..  cepatnya masa berlalu..malam pejam siang celik besok dah nak hari sabtu.hurm tetiba aku jadi trauma lak ngan hari sabtu.kenapakah begitu?tak baik skali.aku pegi untuk menuntut ilmu,untuk blajar,untuk kesenangan aku jugak.aish,ikha tolonglah paham.tiga tahun tu sat ja,jangan buat perangai cam ni.tak mo tak mo.dah besaq dah.malu2..



Sabtu, KKAS nantikan kepulangan aku besok petang ya! harap aku sabar dan tabah dalam menghadapi hari mendatang. But..but.but...before balik kita kena la soping-soping dulu maa..aiyakk.cari stok makanan, cari barang keperluan..acece..padahal tak ad beli apa sangat pun.menghabiskan duit ja.huhuhu.tapi,hati puas tak apa.hehehe..
meleret-leret bil resit ni haa...

yang maximum value..

keperluan ni..

ups! yang ni kehendak...

tak banyak pun kan3...apa lah sangat..

sedap ja bau nya...auumm

kehendak @  keperluan??

# tak banyak pun kan aku beli,tapi mencecah ratusan ringgit.dunia-dunia,koi lama koi mahai.aish!jumpa di KKAS ya!

Tuesday, March 6, 2012

Congrats!!

Eh, aku lupa lak nak wish..

Dear my cousin, congrats sebab dah tak single.. lepaih ni payah kowt untuk kita merapu meraban lagi..tapi tak pa.aku xkesah pun.kihkih.. SELAMAT PENGANTIN BARU ERMA & RAZIF..

Moga berbahgia selamanya....


Pulut kuning yang menarik...



# Hurm, bila pulak la turn aku ni.. aduss.tetiba cam seru untuk kawen tu dah sampai lak.hehe.gelenya!calon pun tak tunjuk-tunjuk muka g.xpa,PATIENCE IS MIRACLE. Moga terbukti suatu hari nanti.Amin.







Family..

Assalamualaikum .. hye..hye..pa habaq??ni nak habaq mai..cek dah balik rumah dh ni..hehe.. capek,this week... cuti mid sem pun macam tak brapa nak cuti ja. cam na aku nak stady ni??bawak balik nota bukan men.. bertingkat-tingkat.. kunun maw balik stady,tapi sampai hari ni notes tu still lagi dalam beg tak kuaq2.. hahaha.. hebat dowh!.. tak pa la,sampai seru nanti kuaq lah kot notes tu dari dalam beg.bulih camtu?kihkih.. ok2,back to my story.aku nak cita sai family aku plak.asyik-asyik kawan ja.family first!cewah..semasa aku jadi photographer banyak gak la aksi2 yang sempat di snap.cam lawak pun ada gak.so,beware if i am your photographer!!

A.syed, back up singer..

my sis 2..

sis 1..

bro with his TAB..

berpose sat..

aweks arab...

ala2 ombak rindu..

auww...

sehabis macho..


#hanya ini yang sempat dimuat kan..

tapi ada 1 yang paling3 penting... tadaaaa...



my pic la of coz!!..hehehe

# family aku memang meriah.kalau dah buat perhimpunan tu..dah sah2 akan kecoh..apa-apa pun aku Sayang semua!!<3.. kita jumpa lagi di cuti yang akan datang..bila bulan pun ntah lah..huhuhu